OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) ORANG HILANG DI BUKIT BATU PUTEH, GOPENG
Pada 24 Mac 2019 (Ahad) Pusat Kawalan Daerah Kampar telah terima 1xkes orang hilang di Bukit Batu Puteh Gopeng. Mangsa berasal dari Muar Johor, Muhammad Ashraf Bin Hassan (29tahun). Seramai 60xanggota dari pelbagai agensi, agensi yang terlibat operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) PDRM, BOMBA, ATM , APM dan Orang Kampung. Bagi memudahkan pencarian, agensi terlibat di bahagi kepada 3 kumpulan. Operasi SAR masih giat dijalankan. Pada 26 Mac 2019 (Selasa) Ketua Polis mengarahkan semua agensi yang terlibat untuk meneruskan operasi SAR mengejut kerana terdapat petunjuk baru iaitu bau busuk seperti bangkai telah dapat di hidu oleh anggota yang terlibat ketika turun dari Bukit Batu Puteh, namun masih gagal. Walaubagaimana pun , mengikut perancangan pada 27 Mac 2019 adalah hari terakhir pencarian. Kata sepakat keputusan telah di buat semua agensi bersetuju untuk meneruskan operasi SAR sehingga di beritahu tarikh penutupan. Pelbagai usaha telah dijalankan mencari mangsa hilang , sehingga tarikh 30 Mac 2019 (Sabtu), mangsa hilang masih belum di temui. PKTK Operasi SAR mangsa hilang di arahkan di tutup sehingga jumpa petunjuk baru.
Ulasan
Catat Ulasan