INOVASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM PEMACU KEJAYAAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 16-18 APRIL 2019 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah menganjurkan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam 2019 (AIPA 2019) yang bertemakan "Inovasi APM, Pemacu Kejayaan Negara" bertempat di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) Cyberjaya.

Terdapat 5 pertandingan yang telah dianjurkan iaitu Pertandingan KIK (Berkumpulan), Pertandingan Inovasi (Berkumpulan), Pertandingan Pidato (Individu), Pertandingan Menulis Esei (Individu) dan Pertandingan Membuat Montaj (Individu). Penyertaan ini terbuka kepada semua warga APM seluruh Malaysia.

Bagi kategori KIK & Inovasi, sebanyak 11 PTJ telah menghantar kumpulan untuk bertanding termasuklan APM Negeri Perak. APM Negeri Perak telah menghantar Kumpulan Gemilang bagi bertanding kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) manakala Kumpulan Captain Innovator bagi kategori Inovasi. Kumpulan ini telah diketuai oleh Kapt. (PA) Shahrizal Bin Hussin.

Bagi pertandingan AIPA 2019 kali ini, Kumpulan Gemilang (KIK) APM Negeri Perak telah berkerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institue of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) untuk menghasilkan produk Multi-Safejac manakala Kumpulan Captain Innovator (Inovasi) daripada APM Daerah Batang Padang, Perak pula telah menghasilkan produk Multi-purpose Safety Bag dan kedua-dua projek ini telah dibentangkan dihadapan panel juri dengan jayanya.

Dikemuncak Majlis Perasmian Penutup Anugerah Inovasi Pertahanan Awam (AIPA) 2019 yang telah dihadiri dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hasnol Zam Zam Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Kumpulan Captain Innovator daripada APM Daerah Batang Padang, Perak telah diumumkan sebagai Naib Johan bagi Anugerah Inovasi manakala Johan APM Negeri Sabah dan Tempat Ketiga APM Negeri Pulau Pinang. Bagi Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif pula, Kumpulan Gemilang daripada APM Negeri Perak pula telah diumumkan sebagai Johan Pertandingan KIK dan sekaligus dinobatkan Anugerah Pelopor Hibrid bagi AIPA 2019 manakala Naib Johan APM Negeri Pulau Pinang dan Tempat Ketiga APM Negeri Pahang.

Para pemenang masing-masing membawa pulang hadiah berupa Piala, Mock Cheque RM5000 bagi Johan, RM3000 bagi Naib Johan dan RM2000 bagi Tempat Ketiga serta Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan AIPA 2019. Para pemenang juga dimaklumkan perlu bersiap sedia untuk menyertai pertandingan Anugerah Inovasi JPM 2019 peringkat Jabatan Perdana Menteri pula.

-Tamat-

#APMsanasini
#AIPA2019
#SediaPantasBerintegriti





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HIMPUNAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (HIPA) 4.0/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA APM NEGERI PERAK