MEMUPUK RASA
SERONOK BEKERJA
Ungkapan keseronokan bekerja dapat diertikan sebagai perihal perasaan yang menyenangkan, menyedapkan hati apabila melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan. Perasaan seperti ini akan membantu dalam menghasilkan tugasan dan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati. Sekiranya perasaan ini tidak wujud, bagaimana sesuatu pekerjaan atau tugas yang diberikan dapat dilakukan dengan baik dan menepati kehendak majikan.
Pekerjaan adalah suatu nikmat dan anugerah yang perlu dirasakan oleh setiap pekerja. Dengan pekerjaan dan jawatan yang dimiliki, seseorang itu harus merasa bertuah kerana memiliki pekerjaan tersebut. Ini mengingatkan bahawa masih ramai lagi diluar sana tidak mempunyai pekerjaan dan sukar mendapatkan pekerjaan. Hal ini menyedarkan anda supaya sentiasa melahirkan rasa syukur kerana dengan pekerjaan yang ada sedikit sebanyak membantu anda untuk meneruskan kehidupan.
Tidak dapat dinafikan adakalanya bekerja mampu mewujudkan rasa stress. Ini kerana tiada keseronokan di dalam bekerja. Perasaan ini timbul disebabkan tiada rasa seronok dalam melakukan tugas yang diberi atau dalam ertikata yang lain terpaksa melakukan sesuatu pekerjaan. Bagi yang menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan, sudah tentu sesorang itu tidak stress atau tekanan malah dia akan gembira melakukannya. Sebagai seorang pekerja, komitmen mestilah diberikan sepenuhnya agar tiada ruang untuk sifat malas dan lalai menguasai diri. Bagi memastikan komitmen diberikan sepenuhnya pada pekerjaan, anda haruslah membuat perancangan dalam melakukan pekerjaan. Setelah perancangan dibuat usaha perlu digembleng bagi memastikan apa yang dirancang dilaksanakan. Ianya membantu anda melihat apa yang dibuat mencapai piawai komitmen yang diberikan. Walaupun pekerjaan tersebut meletihkan, tetapi dengan adanya rasa keseronokan berkerja dalam diri menjadikan kerja yang meletihkan itu dapat dibuat dengan jayanya. Apatah lagi kalau menerima pengiktirafan dan pujian daripada pegawai atasan. Bolehlah dikatakan bahawa keseronokan bekerja menimbulkan kepuasan dalam menjalankan tugas serta berjaya menghasilkan perkhidmatan berkualiti. Akhirnya perkhidmatan yang berkualiti itu dapat pula dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejawat.
Bekerja dalam sebuah organisasi memerlukan kerjasama. Seorang tidak boleh menyelesaikan semua masalah tetapi semua orang boleh berkerjasama menyelesaikan banyak masalah. Menghadapi masalah adalah perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Prinsipnya anda tidak boleh lari dari masalah sebaliknya anda mesti menghadapi dan mencari jalan menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian memberi kerjasama dalam satu organisasi dapat menghasikan perkhidmatan yang berkualiti disamping hubungan erat antara anggota dapat dicapai serta keseronokan bekerja diwujudkan dikalangan rakan setugas. Kerjasama sebenarnya mewujudkan sifat sabar dan hubungan kemanusian yang cemerlang antara kakitangan. Ini dibantu dengan cara komunikasi antara pekerja yang baik, saling menghormati dan ikhlas. Akhirnya kerjasama ini berjaya melahirkan suasana kemesraan
Ulasan
Catat Ulasan