INOVASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM PEMACU KEJAYAAN NEGARA
![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7Bz3QG8CEtJbhRTpOyBac-Hqn8yXc2OOcQAMzlzmZX40sqKa8_mwp9qK2rbK5zP7y978P13Ax-94xxIm2RktpEHw5FEmf9gIVFl7r-KSGYx6NVwVesK3UawwJwnPKGaX7h8yi7laiIJk/s320/57118205_2285868265068834_134545163421745152_n.jpg)
KUALA LUMPUR, 16-18 APRIL 2019 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah menganjurkan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam 2019 (AIPA 2019) yang bertemakan "Inovasi APM, Pemacu Kejayaan Negara" bertempat di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) Cyberjaya. Terdapat 5 pertandingan yang telah dianjurkan iaitu Pertandingan KIK (Berkumpulan), Pertandingan Inovasi (Berkumpulan), Pertandingan Pidato (Individu), Pertandingan Menulis Esei (Individu) dan Pertandingan Membuat Montaj (Individu). Penyertaan ini terbuka kepada semua warga APM seluruh Malaysia. Bagi kategori KIK & Inovasi, sebanyak 11 PTJ telah menghantar kumpulan untuk bertanding termasuklan APM Negeri Perak. APM Negeri Perak telah menghantar Kumpulan Gemilang bagi bertanding kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) manakala Kumpulan Captain Innovator bagi kategori Inovasi. Kumpulan ini telah diketuai oleh Kapt. (PA) Shahrizal Bin Hussin. Bagi pertandingan AIPA 2019 kali ini, Kumpulan Gemila...