LATIHAN PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA
IPOH
- 28.2.2019, Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia Negeri
Perak dengan kerjasama Pejabat SUK Negeri
Perak Darul Ridzuan telah mengadakan Latihan Persediaan Menghadapi Bencana Peringkat Negeri
Perak bagi tahun
2019. Latihan ini telah diadakan bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat SUK Negeri
Perak. Majlis Perasmian latihan ini telah disempurnakan oleh YB
Tuan Haji Zainal Azman Bin
Abu Seman, Setiausaha Kerajaaan Negeri
Perak. Objektif latihan ini adalah untuk memberi informasi dan pemahaman yang
lebih jelas kepada para peserta yang
hadir terdiri daripada wakil – wakil jabatan serta agensi yang
terlibat dalam pengurusan bencana. Selain itu,latihan ini juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara pegawai – pegawai yang
hadir ke latihan ini . Pada sebelah pagi,Sesi ceramah telah dimulakan dengan topik mekanisme pengurusan bencana serta pengurusan PKTK
yang disampaikan oleh Kolonel Haji Mohd Sakri Bin Hussin,daripada Agensi Pengurusan Bencana
Negara. Selepas itu,latihan disambung dengan ceramah yang
disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Pengairan dan saliran dan diikuti dengan ceramah oleh Puan Ruhaini Binti Haji Zawawi, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Perak dengan tajuk Pengurusan Pusat pemindahan bencana. Sesi ceramah diteruskan lagi dengan ceramah Profesor Shohei
Matsuura daripada JICA
Expert and universiti Teknologi
Kuala Lumpur. Pada sebelah petangnya, latihan diteruskan lagi dengan sesi table
top exercise (TTX)
. Para peserta latihan secara berkumpulan diberikan tajuk serta senario bencana dan perlu membuat plan,iatu perancangan menghadapi bencana dan perlu dibentangkan mengikut kumpulan – kumpulan yang
diwujudkan. Setelah selesai,sesi majlis penutup latihan disempurnakan oleh Puan Nor
Sham Binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak (Pengurusan).
Ulasan
Catat Ulasan