JALINAN KASIH APM PERAK & KSK MEDIA PERAK
PERAK, 23 MEI 2019 - Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , YAS TPj. Haji Norhafifi Bin Hj. Ismail telah menyempurnakan Program Jalinan Kasih APM Perak & KSK Media Perak di Rumah Orang-orang tua (Islam) Titian Abadi ( PEKITA) di sini , semalam . Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah APM Perak , KOL. (PA) Noor Azam Bin Johari dan Ahli Parlimen Batu Gajah , YB Tuan Sivakumar Varatharaj. Seramai 26 orang penghuni yang berada di situ , kedatangan kami di sambut mesra . Menurut Tuan Haji Mat iaitu pemilik pertubuhan ini , ada beberapa kes yang mana apabila penghuninya meninggal dunia tiada seorang anak atau waris yang di hubungi ingin mengambil dan menguruskan jenazah ibu bapa mereka . Selain daripada itu, APM Perak & KSK Media Perak telah meluangkan sedikit masa menjalankan aktiviti pembersihan perkarangan rumah , agihan bubur lambuk dan sedikit bantuan keperluan asas bagi meringankan beban dan melihat mereka tersenyum ge...